Kenali Shaklee
Shaklee merupakan sebuah syarikat
yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan produk
kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh kepada prinsip pengasasnya, Dr
Forrest C Shaklee.Visi yang
diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan
menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam
sejagat.
Keistimewaan
Shaklee
Setiap
produk yang dikeluarkan oleh Shaklee telah direka cipta untuk memperbaiki taraf
kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar. Apabila anda
memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara iaitu sentiasa SELAMAT, BERKESAN
dan SEMULAJADI.
Shaklee
Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Dimulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat
kajian di seluruh pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi.
Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru ini,
terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran
yang lain. Shaklee menjalankan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti
setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap produk.
Secara
keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan,
phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4
dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan,
tiada pewarna, tidak mengandungi sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi
pemanis atau perisa tiruan. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan.
Pembungkusan produk Shaklee juga adalah selamat dan bebas daripada
toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang
membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa setiap produk adalah 100% selamat
digunakan. Terjamin.
Shaklee
Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee,
Shaklee mempunyai bukti. Anda akan temui bukti-bukti ini di dalam lebih
daripada 100 kertas kajian saintifik, 90 daripadanya telah diterbitkan di dalam
pelbagai majalah, yang telah membuktikan keberkesanan produk-produk Shaklee.
Buktinya juga adalah melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal,
penyelidikan dan pembangunan produk. Melalui ’Landmark Study 2007’ yang
dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley
School Public Health, ia menunjukkan bahawa mereka yang mengambil produk
tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik
daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Ia juga
terbukti melalui 54 pingat emas yang telah dimenangi oleh atlit-atlit terbaik
dunia yang mengambil produk Shaklee. Bukti yang benar-benar menyakinkan adalah
di dalam berjuta-juta orang yang telah memiliki kehidupan yang lebih sihat dan
lebih produktif yang disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee
menjadi milik anda, Shaklee telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti
dan apa yang Shaklee katakan adalah benar.
Shaklee
Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam
semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang
lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami
adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di
mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk
persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean®
Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion
botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari
hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28
kali!
Bermula dari
Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang
Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan
bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu
perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah mengitarsemula lebih
1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan
dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan
bagaimana Shaklee benar-benar bersungguh bagi menghasilkan produk semulajadi
yang berupaya melindungi bumi.
jika berminat?
whatsapp/wechat/sms 0124646740
pm fb page Suri beauty&health
email at ezynor@yahoo.com
ID shaklee 979191
Love from suri.. ;)